Alam Lahut ialah ALAM GHAIBUL GHAIB yang maksudnya ialah Alam yang lebih bersifat Ghaib di dalam Ghaib.
Alam Jabarut dan Alam Malakut ialah sudah termasuk wilayah alam Ghaib, Namun masih lebih Ghaib lagi Alam Lahut.
Jika pada alam Jabarut dan Alam Malakut , disana sudah ada Sifat dan Nama nama, namun pada alam Lahut ialah belum ada Sifat dan Nama nama, Nah tentunya tiada mudah untuk menuju mengetahui dengan sempurna tentang Alam Lahut atau Alamul Ghaibul Ghaib jika belum mampu memasuki serta mengetahui lebih dulu dengan sempurna keadan alam Jabarut dan alam Malakut.
Sebab, pada Alam Lahut ialah wilayah Martabat yang lebih terhalus lagi daripada pengertian ketika memahami pengertian Dzat.
Keadaan Dzat saja ialah tiada dapat dicapai oleh SEGALA PENGLIHATAN MATA, apalagi keadaan atau wilayah yang ada pada Martabat Alam Lahut.
Namun jika Alam lahut ini mesti dibahas, maka untuk mempermudah bagi pengkaji, ialah diberi isyarah isyarah sebutan guna mempermudah kefahaman.
Sebagaimana berikut ini:
Alam Lahut ialah pula bermartabat Lata'in, yang artinya;"Tidak ada kenyataan berbentuk".
Karena itulah maka dinamakan Alam Lahut itu Asma' (sebutan:nama) bagi Dzat yang belum ber Asma': ALLAH.
Oleh sebab itu hendaknya tiada keliru terbolak balik kefahaman di dalam mengetahui tentang : " AKU '' tentang : " ALLAH ".
Sebab pada keadaan Dzat yang belum ber Asma Allah , ialah yang ada hanya: " AKU ".
Kebenaranlah bahwa : " AKU adalah suatu perbendaharaan yang tersembunyi ", atau ter ibarat PERMATA yang TERSEMBUNYI (ter rahsia)".
Sedangkan Ma'rifatullaah Mengenal Allah ialah masih "Dasar Awal" atau ibarat pintu gerbang menuju untuk sebenarnya mengetahui tentang : " AKU".
Didalam martabat Alam Lahut :Asma' (nama;sebutan) oleh pengkaji bagi Dzat yang Maha Suci itu adalah tujuh Asma' yaitu :→HU artinya Dia : "AKU".
Pengertiannya ialah Dzat KU Yang Esa semata-mata. GHAIBUL GHUYUB pengertiannya ialah Ghaib didalam Ghaib serta tiada AKU berpihak dan tiada AKU bertempat, tiada AKU di atas, tiada AKU di bawah, tiada AKU di kiri, tiada AKU di kanan, tiada AKU dimuka, tiada AKU di belakang , tiada AKU diluar, tiada AKU didalam.
AKHADIAH pengertiannya ialah ESA dari pada pihak yang tidak sampai kepada pengenalan para Nabi, apa lagi yang lain dari pada Nabi-Nabi.
Sebab pada Martabat ini yang mengetahui AKU hanya AKU.
Karna AKU belum ber Asma ; Allah.
HHAIBUL HAWIYAH pengertiannya ialah Ghaib dari pada pihak AKU tiada ber Dzat, tiada ber Asma' dan tiada berakal seperti manusia.
WUJUDUL MUTLAK pengertiannya ialah KE-ADA-AN MUTLAQ, sehingga tiada segala yang haqiqi , sebab pada Martabat Lahut ini yang ADA hanya: " AKU ".
SABADAN ABADA pengertiannya ialah tiada sesiapa yang mengetahui wujud-KU, sesuatu juapun.
LATA'IN pengertiannya ialah tiada AKU berbentuk, dan tiada AKU dapat difikirkan oleh akal ma'rifat orang orang yang Arif billah.
Alam Lahut pada martabat Lata'in ialah : " AKU-lah DZATTUL MUTLAK yang tidak bercerai dan tidak berhimpun.
Yang ADA hanya AKU.
AKU-pun belum bernama: ALLAH, Kerana belum jua AKU menampakkan Nur-KU yaitu Nur Muhammad atau Tujuh Sifat-KU ".
Berkenaan dengan ILMU TAJALLI alam Lahut ialah tidak ada Ilmu pada Nur Muhammad, sebab hanya : "AKU yang ADA ".
SALAAM YAA SALAAM
Tidak ada komentar:
Posting Komentar